Friday, November 20, 2009

Agungnya Maha Pencipta....ALLAHUAKHBAR


Dirakamkan pada 3 November 2008 di lebuh raya Muazam Rompin ketika dalam perjalanan pulang dari menyambut hari keluarga di Rompin. Semasa terlihat bentukan awan yang sebegini kami rasa terkedu sekejap. Antara percaya dengan tidak kami berpeluang melihat kejadian ini. Semasa kejadian itu aku, faiz, al, ipin dan syen di dalam kereta. Lalu kami keluar dari kereta dan merakamkan kejadian ini. Agungnya Maha Pencipta.....ALLAHUAKHBAR!!!

Berakhirnya Debaran

19 N0vember 2009, berakhirnya debaran menunggu keputusan UPSR. Tahniah kepada Gan Mee San, Tay Pei Zei dan Rachel kerana berjaya mendapat 5A. Tahniah juga kepada Tiffany dan Khirubashini kerana memdapat 4A1B. Terharu tidak terkira apabila diumumkan penulisan BM berjaya mencapai 100%. Tahniah Kak Ana dan terima kasih atas segala tunjuk ajarmu. Kuhargai segala pengorbananmu yang tidak jemu-jemu mencurahkan ilmu untuk kejayaan anak didik kita. Tahniah juga kepada Pian, Raziah dan Pn. Desi yang berjaya meningkatkan peratus pencapaian dalam subjek masing-masing. Terima kasih juga kepada semua guru yang bertungkus lumus mengharumkan nama sekolah kita.

Posing Habih......


Amboi.....Pn Desi dan Ikin, posing habih nampak.....Bila lagi kan? Tengoklah kami bertiga....Berposing bertemakan hitam putih sempena Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik pada 18 November 2009 di hadapan pentas berkonsepkan pentas dalam taman.

Persembahan HAKA

Persembahan daripada murid-murid pelbagai kaum dari tahun 1 hingga tahun 6 bagi menjayakan Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik yang berlangsung pada Rabu 18 November 2009. Dikir Barat bertajuk Dikir Puteri cetusan rasa Cik W. Nor Asekin.

Pentas Dalam Taman

Selasa 17 N0vember, terhasillah cetusan rasa Sal, Ikin, kak Ana dan diriku. Sebuah pentas berkonsep hitam putih. Pentas dalam taman yang dihasilkan sempena hari Anugerah Kecemerlangan Akademik yang akan berlangsung pada keesokan harinya. Setelah berpenat tunggu di sekolah sehingga ke petang selama seminggu, inilah hasilnya. Melihatkan terhasilnya ciptaan ini, penat yang terasa pun hilang begitu saja.

Jamuan Perpisahan Tahun 6 2009

Selasa 16 Oktober 2009, Tahun 6 telah mengadakan jamuan perpisahan. Setelah enam tahum bersekolah di sini, kini tibalah masanya mereka berpisah dengan guru-guru di sini. Tahum hadapan mereka akan melangkah ke alam persekolahan yang baru. Ke sekolah menengah pula yang penuh dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Semoga kalian dapat mengatasi segala cabaran itu dan belajarlah bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan. Kuterkenang sewaktuku di sekolah rendah dahulu. Di saat perpisahanku dengan guru kesayanganku, Cikgu Abilla. Berlinangan air mata tak tertahan. Mengalir berjuraian bagai arus sungai muda. Cikguku yang bagaikan seorang ibu. Sentiasa prihatin terhadap anak muridnya. Kubegitu terhutang budi kepadamu. Akanku cuba mengikut jejakmu menjadi seorang pendidik yang penuh kasih sayang dan penuh keikhlasan mendidik anak-anak bangsa tanpa erti penat dan lelah. Sesungguhnya alam persekolahan sangat menggembirakan. Andainya masa dapat diputar balik alangkah gembiranya.....

Along Dalam Kenangan

INNALILLAHHIWAINNAILAIHIRAJI'UN. Perginya Along yang tidak akan kembali lagi. Bersemadilah dirimu di alam barzakh, alam yang kekal abadi mengadap ILAHI. Walaupun belum puasku bermesra dengannya namun ku redha dengan ketentuan ILAHI. Dengan perkenalanku yang singkat denganmu ku sedar bahawa dirimu seorang insan yang baik. Aku terkejut sewaktu kumenerima panggilan telefon mengatakan dirimu terlibat dalam kemalangan jalan raya bersama suamimu. Suamimu terselamat tetapi dirimu koma selama seminggu sebelum menghembuskan nafas terakhirmu. Kau dimasukkan ke hospital Pakar Metro Sungai Petani. Dalam keadaan drirmu koma, air matamu berlinangan sewaktu kau mendengar suara-suara saudara mara yang menziarahimu ketika itu. Sehari sebelum kau meninggalkan kami buat selamanya, kau juga sempat sedar dan dapat menjamah sedikit makanan serta sempat kau memohon maaf daripada suamimu dan kaum keluargamu. ALLAH MAHA KAYA. DIA meminjamkan kegembiraanmu buat sementara sebelum DIA mengambilmu mengadapNYA ,meninggalkan kenangan manis terakhirmu bersama keluargamu. Dalam usiamu yang masih muda kau telah menyahut panggilan ILAHI. Kau pergi tanpa meninggalkan zuriat buat menyambung generasimu. Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman di sisi ALLAH. Amin.....

Monday, November 16, 2009

Perkahwinan anak jiranku





Isnin 16 November 2009 - Menghadiri perkahwinan anak jiran di depan rumahku. Ramainya para jemputan terdiri daripada pelbagai bangsa. Acara berlangsung hingga jam 12 tengah malam. Aku sekadar menunjukkan muka sebagai menghormati adat hidup berjiran dan hanya menjamah sebiji pisang emas selepas mengucapkan selamat pengantin baru kepada mempelai dan memberi sedikit cenderamata. Sebelum pulang aku bersalaman dengan ibu mempelai. Seperti adat orang melayu, mereka juga salam berkaut. Aku tidak melepaskan peluangku untuk salam berkaut sebagai tanda ucapan terima kasihku kepada tuan rumah yang sudi menjemputku ke majlis mereka.

Penutup Minggu Membaca 1 Malaysia




13 November 2009 - Jumaat, acara penutup Minggu Membaca 1 Malaysia. Murid-murid tahun 6 menunjukkan bakat mereka dalam bidang tarian.

Usahawan Cilik


Tahniah kepada Pn. Salbiah yang berjaya menjayakan program membaca 1 Malaysia. Tahniah juga kerana berjaya menjalankan aktiviti usahawan cilik ini. Murid-murid begitu gembira diberi peluang menjalankan aktiviti berjual beli. Seronoknya mereka diberi kebebasan begini. Bukan untung besar yang mereka fikirkan. Cukuplah sekadar mendapat peluang begini asalkan dapat menunjukkan bakat terpendam mereka dalam bidang perniagaan.

Tekun dan Berdisiplin

Tekunnya mereka mendengar ucapan guru. Menghayati kata-kata guru dengan penuh disiplin. Semoga kalian menjadi anak bangsa yang berjaya. Berjaya menjayakan seruan kerajaan mewujudkan 1 Malaysia. Walau apa pun bangsa, agama dan warna kulit kita, kita ialah anak Malaysia yang akan sentiasa mempertahankan negara kita daripada dicerobohi oleh penjajah yang menunggu peluang andainya kita berpecah belah. Bersatulah menjadi 1 Malaysia demi mempertahankan maruah negara kita.

Guru-Guru SKCC

Inilah wajah-wajah ceria yang bekerja keras untuk membimbing murid-murid menjadi manusia yang berguna. Inilah wajah-wajah ceria yang sentiasa bekerja keras untuk menaikkan nama baik sekolah. Inlah wajah-wajah ceria yang sentiasa bekerjasama tanpa berputus asa demi menjaga maruah profesyen perguruan yang disandang seperti yang dilaungkan dalam lagu "Guru Malaysia".
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita
Pada seri paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Tunai tetap kami tunaikan.....

Monday, November 9, 2009

Hari Kanak-Kanak & Deeparaya


9 Oktober 2009, Sambutan hari kanak-kanak dan sambutan Deeparaya disambut serentak. Seronokya murid-murid menyambutnya. Dengan pakaian berwarna-warni dan hidangan kuih-muih yang beraneka warna, jenis dan rasa. Pelbagai persembahan juga ditunjukkan oleh murid-murid. Meriahnya!. Masing-masing menunjukkan bakat terpendam. Lihatlah gambar di sebelah tu....Wow bukan main posing lagi dengan baju raya. Bergayanya deme........hehehe.

Sunday, November 8, 2009

Syen Graduate....




1 November 2009.
Dah graduate dah syen...... pejam..celik, pejam celik.... dah pun berusia 6 tahun. Tahun depan 7 tahun. Dah mula masuk darjah 1. Tak boleh main-main lagi. Kenalah belajar bersungguh-sungguh.








Mydin Melaka.....Shopping lagi!!!

Sabtu 1 November, ke Mydin Air Kroh Melaka dengan kak Ana dan Ikin. Nak shopping hadiah pula untuk Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik. Nak cari barang-barang yang boleh safe budget. Rupanya tersalah pi Mydin. Kat situ bukan Mydin borong tapi pasaraya Mydin. Tak banyakla barang yang dapat. Tak kisahlah. At least dapat gak window shopping. Sebelum balik sempat pula pi Jaya Jusco. Makan dan solat kat situ. Kak Ana sempat juga beli hand bag yang kebetulan tengah offer dan ikin juga tidak lepaskan peluang untuk membeli barang-barang kegunaan harian beliau. Ikin rasa tidak puas hati sebab tak dapat beli barangan borong dari Mydin. So pada hari Khamis 5 November kami sekali lagi pi Melaka. Kali ini ke Mydin borong di Bandar Melaka. Ha...barulah puas shopping. Banyakla yang dapat kami beli terutama barang-barang hadiah untuk murid-murid nanti. Sempat juga singgah Melaka Central untuk solat. Dalam perjalanan balik nampak pula TESCO. Bila nak mai.....???
15 November 2009. Sekali lagi ke Mydin Melaka. Mula-mula ke Mydin di Air Kroh. Tiada barang yang dicari. Terus ke Mydin Melaka Central. Banyak juga barang yang dibeli. Borong sakan terutama barang-barang untuk Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik yang belum cukup lagi. Sempat juga ke TESCO walaupun hujan. Barang-barang di situ agak mahal. Beli roti nescafe je buat alas perut yang kosong sejak pagi. Malangnya nasib selepas makan malam dalam perjalanan pulang, kami bertiga seperti susah hendak bernafas. Syikin terpaksa berhentikan kereta dan kami berdua muntah balik apa yang kami makan tadi. Kak Ana setakat sendawa saja dah lega. Usyen relek saja. Pandai pula dia ketawa tengok kami muntah. Agaknya dalam fikirannya terfikir, apala orang dewasa pula muntah mabuk kereta...hehehe....Kalau difikirkan balik lebih baik balik ke Segamat makan KFC.

Air Hitam....Shoppingla apa lg...???

Rabu 29 Oktober 09, shopping di Air Hitam, Johor dengan Kak Ana, Ikin dan Sal. Beli bunga dan eksesori untuk hari Anugerah Kecemerlangan Akademik yang akan berlangsung tidak lama lagi. Sempat juga kubeli pokok buluh hiasan. Cantik juga hehehe.....Sapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri. Seronok juga shopping bersama-sama kawan-kawan. Release tension......, tambahan pula dapat jamu mata dengan pelbagai jenis pasu dan bunga-bungaan yang berwarna-warni biarpun hanya bunga plastik. Walaupun pada mulanya perut terasa lapar tetapi enjoy shopping punya hal, perut kenyang begitu saja dan tidak terasa letih sedikitpun walaupun berjalan ke hulu ke hilir. Seronoknya walaupun window shopping aje.....Bila nak mai sini lagi lepaih ni......Kalau kalian nak mai lagi, nak ikut..............