Friday, January 29, 2010

Bercuti di Genting Highlands

























































































































31 Mei 2009 - Aku meluangkan masa bercuti di Genting Higlands bersama anak-anakku Faiz, Al dan Syen. Kami juga ditemani oleh Ida. Aku ke KL sehari lebih awal dan bermalam di sebuah hotel di Pandan Jaya. Keesokan paginya kami bertolak ke Genting dengan bas dengan harga pekej. Untuk ke Taman Tema Genting kami menaiki Cable car. Dalam perjalanan dengan cable car kami tersangkut dua kali kerana petir. Kali pertama selama 15 minit dan kali kedua selama 20 minit. Kami tergayut-gayut di awangan. Takut juga. Kami diberi amaran supaya tidak panik kerana ini adalah perkara biasa berlaku akibat petir. Setelah sampai di taman tema, banyak permainan yang terdapat di situ. Syenlah yang paling seronok. Bermain sampai petang. Setelah petang kami bertolak pulang. Rasa tidak puas sehari sahaja di situ. Sampai di KL kami bermalam di Hotel Maluri sebelum bertolak balik ke Segamat.

Perpisahan Pakcik Md Nor


Jumaat 29 Januari 2010 - Merupakan hari terakhir Pakcik Md Nor bertugas di SKCC. Satu majlis ringkas meraikan persaraan beliau telah diadakan. Murid-murid mengambil peluang mengucapkan selamat bersara kepada beliau.




Di sebelah malamnya pula, warga SKCC meraikan persaraan beliau di Hotel VIP Segamat.
Kami mengucapkan selamat bersara kepada Pakcik Md Nor. Semoga berbahagia bersama keluarga.


Monday, January 25, 2010

Berkabung



Sabtu 23 Januari 2010, kami dikejutkan dengan berita sedih. Berita kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Iskandar Ibni AlMarhum Sultan Ismail, Sultan Negeri Johor.Hari ini sepatutnya hari ganti persekolahan sempena Tahun baru Cina dibatalkan. Hari ini diisytiharkan sabagai cuti umum. Segala bentuk hiburan dan perhimpunan perayaan dibatalkan selama seminggu. Rakyat Johor digalakkan berkabung selama seminggu demi menghormati roh Almarhum. Aku dan anakku Syen juga turut berkabung. Tiada paksaan daripada mana-mana pihak. Aku lakukan ini atas kerelaanku. Walaupun Syen masih kecil, masih tidak mengerti kenapa dia kusuruh memakai songkok berlilit kain putih. Walaupun masih terpinga-pinga tetapi dia akur dengan suruhanku tambahan pula kawan-kawannya juga mengenakan songkok yang sebegitu rupa. Biarpun hanya ikut-ikutan tapi didikan itu yang paling penting. Didikan menghormati pemergian pembesar negeri. Aku memahami perasaan sedih yang menimpa mereka yang kehilangan orang tersayang. Walaupun sesungguhnya kita tahu yang hidup pasti akan mati jua namun hakikatnya orang yang menghadapi situasi kesedihan kehilangan orang tersayang Allah sahaja yang maha mengetahui akan kepedihan dan keperitan hatinya untuk menerima hakikat itu. Semoga mereka sabar dan tabah menghadapinya. Semoga roh Baginda dicucri rahmat. AMIN....