Tuesday, January 19, 2010

Aktiviti Panaskan Badan SKCC





















19 Januari 2010. Sekolah kami akan mengadakan sukan tahunan tidak lama lagi. Mulai hari ini kami diarahkan untuk melatihkan murid-murid dalam acara yang disediakan mengikut rumah sukan masing-masing. Sementara menunggu padang siap dibersihkan daripada kemuncup, acara dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan yang diketuai oleh Cik Wan Nor Asekin. Bukan main rancaknya dan bersemangatnya murid-murid melakukan aktiviti tersebut. Bukan sahaja murid-murid yang ghairah malah guru-guru juga tidak melepaskan peluang tersebut yang diadakan sekali sahaja setiap tahun. Meriah dan seronoknya.....

2 comments: