Monday, January 25, 2010

Berkabung



Sabtu 23 Januari 2010, kami dikejutkan dengan berita sedih. Berita kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Iskandar Ibni AlMarhum Sultan Ismail, Sultan Negeri Johor.Hari ini sepatutnya hari ganti persekolahan sempena Tahun baru Cina dibatalkan. Hari ini diisytiharkan sabagai cuti umum. Segala bentuk hiburan dan perhimpunan perayaan dibatalkan selama seminggu. Rakyat Johor digalakkan berkabung selama seminggu demi menghormati roh Almarhum. Aku dan anakku Syen juga turut berkabung. Tiada paksaan daripada mana-mana pihak. Aku lakukan ini atas kerelaanku. Walaupun Syen masih kecil, masih tidak mengerti kenapa dia kusuruh memakai songkok berlilit kain putih. Walaupun masih terpinga-pinga tetapi dia akur dengan suruhanku tambahan pula kawan-kawannya juga mengenakan songkok yang sebegitu rupa. Biarpun hanya ikut-ikutan tapi didikan itu yang paling penting. Didikan menghormati pemergian pembesar negeri. Aku memahami perasaan sedih yang menimpa mereka yang kehilangan orang tersayang. Walaupun sesungguhnya kita tahu yang hidup pasti akan mati jua namun hakikatnya orang yang menghadapi situasi kesedihan kehilangan orang tersayang Allah sahaja yang maha mengetahui akan kepedihan dan keperitan hatinya untuk menerima hakikat itu. Semoga mereka sabar dan tabah menghadapinya. Semoga roh Baginda dicucri rahmat. AMIN....

1 comment: