Saturday, March 13, 2010

Sambutan Malidur-Rasul SKCC







































Jumaat 12 Mac 2010 - Kami warga Persatuan Agama Islam SKCC
telah mengadakan sambutan Maulidur-Rasul. Bermula dengan perarakan membawa sepanduk
dan berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad saw. Kemudian kami ke dewan mendengar ceramah daripada Ustaz Muhammad Shah bin Mahi dari STAR. Berakhirnya ceramah, murid-murid mempersembahkan nasyid. Acara berakhir dengan pengagihan makanan kepada murid-murid. Kali ini kami dihidangkan dengan nasi minyak berlaukkan ayam masak merah dan acar nanas.

Wednesday, March 3, 2010

BOLA JARING PERSAHABATAN












3 Mac 2010 - Satu perlawanan bola jaring persahabatan antara pasukan SKCC dengan pasukan SK Kg Tengah telah diadakan. Walaupun hari panas terik namun mereka bermain dengan bersungguh-sungguh. Kalah menang adat pertandingan. Yang penting semangat yang ditunjukkan. Syabas kepada pemain yang sanggup berkorban masa di tengah panas terik setiap hari berlatih. Syabas juga kepada jurulatih pasukan SKCC, Pn. Salbiah dan Cik W. Nor Asekin. Kepada Pn. Ruhana juga diucapkan terima kasih kerana tunjuk ajar beliau sebagai seorang veteren dalam bola jaring kepada orang-orang baru.

PKBS 1 SKCC












2 Mac 2010 - PKBS 1 telah pun bermula. Bagi murid tahun 4, inilah yang akan menentukan TOV mereka.

SAMBUTAN MAULIDUR-RASUL DI KAMPUNGKU



























































Pada 26 Februari 2010 - Negara kita telah menyambut Ulanha Tahun Hari Kelahiran Nabi kita iaitu Nabi Mohammad saw ataupun Maulidur-Rasul. Seluruh negeri telah meraikannya dengan perarakan secara besar-besaran. Tidak ketinggalan kampungku. Sambutan telah dibuat pada 27 Februari 2010. Perarakan bermula dari masjid kampungku iaitu Kampung Permatang Pasir, Sungai Petani, Kedah. Perarakan disertai oleh penduduk kampungku dan juga penduduk di khariahnya iaitu Kampung Titi Merdeka, Padang Rejen, Padang Limau dan Kg. Bt. 45. Perarakan disertai oleh penduduk pelbagai peringkat umur. Meriah sungguh sambutannya.