Thursday, February 11, 2010

Berakhirnya Penat Di Padang






































Khamis 11 Feb. 2010 - Dengan berlansungnya
temasya sukan skcc yang ke-26, maka berakhirlah penat lelah guru-guru selama ini yang telah bertungkus lumus melatih murid-murid di tengah padang selama 2 minggu berjemur di bawah terik mentari yang membahang membakar. Masing-masing mengadu muka dah berbelang dan terbakar. Apa nak buat, demi tugas untuk kepentingan anak didik. Bukan kemenangan yang diharapkan tetapi semangat kesukanan menjadi fokus utama. Hari ini kemuncaknya. Di tengah terik mentari, sukan berlangsung dengan lancar. Murid-murid gembira, guru-guru pun suka. Ibu bapa apa lagi, senyum lebar apabila nama anak mereka dilaungkan sebagai pemenamg dan para pemenang dengan bangga melangkah keluar dari perbarisan untuk naik ke pentas
menerima kalungan pingat. Berakhirlah juga penat lelah mereka selama ini yang sanggup berlatih bersunguh-sungguh untuk menaikkan nama rumah sukan mereka. Telah menjadi adat pertandingan, ada menang ada kalah. Rumah Nilam telah menjadi johan dan Rumah Baiduri naib johan manakala rumahku Zamrud mendapat tempat ketiga. Walaupun demikian kami guru rumah Zamrud tetap gembira kerana semua murid yang mewakili rumah dalam acara yang dipertandingkan merangkul hadiah sekurang-kurangnya tempat ketiga. Tahniah diucapkan.

Saturday, February 6, 2010

Projek Al

28 Disember 2009 - bermulalah semester kedua bagi al kat USM.
Selepas seminggu kuliah, dah dapat projek. Projeknya tempat tinggal haiwan peliharaan. Al pilih siput babi sebagai haiwan peliharaannya. Si Put namanya.

Selepas itu dapat pula projek inner designer. Landskap dalam studio sendiri. Kena cari idea dan reka sendiri. Begitulah kerja
pelajar senibina. Untuk memahirkan mereka supaya menjadi ahli senibina yang berjaya di masa hadapan....

Akuaria KLCC



Eye On Malaysia KL

Angklung

Pameran Dinosaurs