Wednesday, December 30, 2009

Balik Mekah

18 Dis 2009 - Hari yang gembira bagi keluarga kakakku kerana suaminya selamat tiba ke tanah air setelah sebulan lebih berada di Tanah Suci Kota Mekah mengerjakan ibadat haji. Penerbangan selamat mendarat di lapangan terbang Bayan Lepas Pulau Pinang jam 7.00am. Ramai sanak saudara dan anak-anak menantunya menjemput beliau di lapangan terbang. Sementara aku menunggu di rumah sahaja sambil menyiapkan apa yang patut untuk menyambut kepulangan abang iparku di rumah. Kami bergotong royong memasak untuk majlis kesyukuran semperna kepulangan beliau dengan selamat. Beliau nampak sihat dan berseri. Gembira menceritakan pengalaman manis beliau selama berada di Tanah suci tersebut.

No comments:

Post a Comment